SEJARAH SJK(T) LDG HARVARD BHG 3, 08100 BEDONG,KEDAH
Pada tahun 1935, pihak syarikat M.A.P telah memiliki
Ladang Harvard Bahagian 3 dan telah membina sebuah sekolah untuk seramai 20
orang murid-murid keturunan India. Selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun
1949, sekolah ini meningkat maju dengan bertambahnya bilangan murid-murid
kerana meningkatnya pekerja-pekerja ladang. Semenjak itu, sekolah ini telah
diletakkan di bawah jagaan oleh majikan ladang dan pihak Pejabat Pendidikan.
Dalam tahun 1984, ladang ini telah dibeli oleh syarikat
Guthrie dan pihak Guthrie juga telah membina kawasan perumahan. Taman Jerai.
Mulai 1996, penduduk disekitar sekolah ini telah berpindah ke Taman Jerai dan
ke rumah-rumah sendiri di taman-taman lain. Di masa ini, hanya bangunan sekolah
sahaja tinggal.
Bangunan
SJK (Tamil) Ladang Harvard Bahagian 3 telah bertambah kepada 3 blok bangunan
semi konkrit yang mengandungi tujuh buah bilik darjah. Bilik-bilik kelas adalah
berukuran 20 kaki x 22 kaki. Pada tahun 1998, sebuah lagi blok tambahan 40 kaki
x 22 kaki telah dibina dan diubahsuai untuk menampung dua kelas, tahun 4 dan
tahun 5. Pada masa tersebut sekolah ini dianggotai oleh seramai sepuluh orang
guru , Guru Besar dan Tiga orang
kakitangan bukan akademik (Pembantu Tadbir, Pembantu Am Pejabat dan PRA)
Jumlah
murid-murid di sekolah ini ialah seramai 64 orang. Murid-murid ini datangnya
dari Taman Gurun Jaya, Taman Jerai, Taman Seri Utama, Taman Murni, Kampung
Sungai Ibor, Kampung Panjang, Batu Dua Gurun, , Kampung Baru dan Sungai Lalang.
Walaupun sekolah ini
terletak dalam kawasan ladang, ianya mempunyai kemudahan asas seperti elektrik
dan sistem bekalan air yang sempurna.
Tepat pada 10.6.2012, SJKT Ladang Harvard Bahagian 3 melakar satu lagi
sejarah dimana telah berpindah ke bangunan baru iaitu dari Ladang Harvard
Bahagian 3 ke Kampung Panjang. Lokasinya tidak begitu jauh daripada tempat yang
lama. Bangunan baru ini adalah dua tingkat dan menempatkan 6 bilik darjah, 1
bilik prasekolah, bilik guru, pejabat, kantin dan semua kelengkapan telah
disediakan dalam bangunan tersebut. Bilangan pelajar juga telah meningkat di
kawasan baru ini kerana terletak dengan kawasan perumahan di sekitarnya.
Comments
Post a Comment